Thursday, 1 December 2011

Hasad dengki..

Salam semua... Hasad dengki ini memang adalah satu penyakit yang terdapat dalam pelosok hati setiap manusia.. Sikap ini jika tidak dikawal oleh pemilik hati akan menyebabkan dirinya dibelenggu rasa tidak puas hati samaada kebahagiaan orang lain, harta yang diperolehi, pangkat dan sebagainyalah.. Hasad dengki ini juga boleh tergolong di dalam hati yang busuk... Oleh itu bersihkan hati daripada sikap yang negatif ini... Adakalanya kita sering melihat kelebihan orang, lain tetapi terfikir atau mengenangkan kenapa aku tiada itu , ini dan sebagainya? Hatta bersyukurlah mungkin apa yang telah dikurniakan kepada Allah itu ada hikmah dan kelebihan yang tersendiri... Jangan terlalu cepat mengomel, melatah, menghina, mengumpat dan mengeji kerana bimbang nanti dosa kita tidak terampun oleh orang yang kita hina dan keji malahan insan yang diburuk-burukan akan mendapat pahala percuma serta dikasihi Ilahi.

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat (kebaikan) sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu:

- Buruk sangka
- Hasad dengki
- Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya:

"Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?"

Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:

"Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Doakanlah kebahagiaan semua orang, pasti Allah akan melipat gandakan kebahagiaan diri dan keluarga anda semua...

Salam Sayang,
MaMaSiTi...

Thursday, 27 October 2011

Bertuahnya menjadi seorang isteri..

Assalammualaikum & salam buat semua...

Kadang2 kita rasa penat sangatkan... kadang2 rasa tak cukup kaki tangan nak buat itu, nak buat ini bila balik dari kerja... kdg2 rasa lagi senang je panggil Bibikkk.. tetapi di sebalik kepenatan kita, ada banyak ganjaran yang semua para isteri dapat.. MasyaAllah.. Bersyukurnya..

Berikut ini adalah beberapa Nasihat Rasulullah SAW kepada Putri kesayangannya Fatimah Az Zahra sebagai seorang isteri:

1. Isteri yang berkeringat membuat makanan untuk suaminya, maka Allah SWT akan menjauhkan neraka sebanyak 7 hasta.

2. Isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya, memakaikan pakaian pada anak-anaknya, maka pahalanya seperti memakaikan 1000 anak yang tidak memakai pakaian dan memberi makan mereka.

3. Keredhaan oleh suami terhadap isterinya, apapun yang dikerjakan isteri harus mendapatkan ridha suaminya.

4. Isteri yang mengandung, malaikat akan memohonkan ampunan dan mencatat 1000 kebaikan serta menghapus 1000 keburukan, Jika telah mencapai sakit menjelang kelahiran, pahala seperti berjihad di jalan Allah SWT, jika telah melahirkan maka akan di hapus segala dosa-dosanya.

5. Isteri yang menemani suaminya dengan ridha maka Allah akan menghapus dosa-dosanya seperti bayi yang baru lair, malaikat akan memohon ampunan.

6. Isteri yang tersenyum manis di hadapan suami, Allah akan menatapnya dengan penuh dengan rahmat.

7. Isteri yang menyediakan diri tidur bersama suami dengan sepenuh hati maka akan datang seruan dari langit, "Datanglah ke surga dengan amal-amalmu maka Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan yang akan datang."

8. Isteri yang merawat suami maka Allah akan memberi minum dari sungai-sungai yang ada di syurga.

Hati seorang isteri mudah terluka... Adakalanya 1001 duka terpendam.. Berkaca-kaca mata kerana menahan airmata tetapi di kala melihat anak datang menyapu airmata diwajah... tiba2 senyuman akan terbit dari wajah dan hati menjadi gembira... Bersabarlah kerana suamimu adalah yang terbaik yang telah Allah jodohkan..Keresahan hati suami bisa meresahkan jua hati isteri..Mungkin ujian Allah untuk segala yang terluka di hati....Semoga kita mendapat rahmat daripada Allah untuk menjalani kehidupan seharian bersama berjuta ragam manusia...

Wednesday, 12 October 2011

Sweet Syafiqah is always my love...


LOve u.. Love so much... U are the greatest sweet in MaMa & Daddy heart.. Senyumanmu, tangisanmu, adalah segalanya buat ibu bapamu sayang....Semoga setiap makna di dalam namamu pilihan Daddymu menjadikan dirimu sentiasa menjadi anak yang taat pada Allah, menghormati orang, sentiasa dilindungi Ilahi selalu serta diberkati sepanjang usiamu di dunia & akhirat Sayang..


Wednesday, 28 September 2011

Saya hanya manusia biasa...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Wah2, tajuk emo gitu.. wakkkaakk.. mesti ada uwekkk (tue yg anti saya tue) ok2 takpe, saya dpt pahala percuma.. alhamdulillah..

Saya hanya manusia biasa, yang tidak punya apa2... Saya dan kita semua tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan seterusnya.. ( to be continued ) .....


Monday, 12 September 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sedar tak sedar kita dah di dalam bulan Syawal... Bulan Syawal nie, bulan mulia.. tapi ada juga insan2 yang masih tidak memuliakan bulan yang baik ini.. Tidak mengapalah rezeki masing2.. :)... Semoga kita semua sentiasa diberikan ganjaran yang baik2 sahaja dari Allah S.W.T..

Macamana dengan perayaan kali ini kawan2 semua... ok ke ko.. huhuhu.. harap2 kita semua berbelanja jangan sampai nanti kena minta sana-sini pulak kalau tak cukup duit.. huhuhu... Apepun hidup biarlah secara bersederhana.. Kalau usaha lebih, rezeki lebih, untuk keselesaan diri sendiri apa salahnya berbelanja sedikit..tapi jangan lupa pada yang tiada...

Wednesday, 27 July 2011

Blog nie kosong???

Salam blogger rakan2.. ahhaaa.. blog mamasiti kosong? ehh..ehh.. nape??

ermm.. what eva.. ^_^...

Nie kisah si suami bertanya kepada isterinya yang kdgkala rajin berblogging, kdgkala bersawang blognye.. hehe..

(AWAS: KANDUNGAN CERITA INI HANYA UNTUK PEMBACA YANG BERMINAT JE, YANG TAK SENANG, TAK YAH BACA, KLU NAK BACA GAK BACALAH.. TAPI JGN BT DOSA LEPAS TUE OK)

Suami: Sayang, syg ada tak story beli banglo kat blog??

Isteri: Beli banglo???? *_*.. terdiam .. tercengang.. hahaha.. oooo.. bukan cerita beli banglo, cerita cita-cita nak banglo tue adalah.. hehhe.. tp syg tak tahulah agaknya org tue baca blog org lain kot, pastu fikir mcm2..abg dah tgkkan blog syg dah lamakan..takkan nak cita kat orang kot beli banglo.. siapa nak ngaku diri kaya betul tak abang..jutawan pun tak ngaku dia jutawan..hehe.. rezeki manusia mana kita tahu bang, kot2 masin mulut abg kita bleh beli banglo.. hhahaha.. (senyum, pelik gak, camna lah boleh suami tanya soklan camtu, ada orang baca tersalah blog ka, pandai sangat macam tok nujum ka).. haaaa.. prasangka banyak sangat tak elok.. :)..

Suami: Ermmm.. kalau syg story cita2 nak sewa umah flat je, mesti org tak tanyakan..hehe.. (ketawa kecil).

Isteri: Ngeeeee... offkoslah abang.. biasalah manusia.. bila orang senang memang susah diaorang tengok.. tapi kalau orang susah, diaorang senang, ketawa malah boleh kata lagi itulah sebab ........ haaa.. mcm2lah.. ada boleh doa lagi tengok orang susah,.. Apapun yang berlaku, kita kena terima, ujian Allah.. Setiap yang susah berlaku pun ujian daripada Allah sbb Allah sayangkan kita.. tapi kita perlu dan sentiasa bersyukur , berdoa dan berusaha supaya Allah akan bantu kita bila kita susah.. :).. Syg pun banyak yang masih belajar, perlu belajar dan berusaha nak tenangkan hati bila ditimpa ujian dan berdepan dengan manusia yang pelbagai.. Kita berdoa sahaja bagi orang bahagia, bagi orang senang, sebab bila kita doa kebahagiaan orang, lagi banyak Allah limpahkan nikmat kepada kita , Insyallah... :)

Suami: Ok.. (Just smile)..

Dialog di atas MamaSiTi rasa salah satu penyebab yang boleh mendatangkan pelbagai situasi di dalam rumahtangga jika ada pihak ketiga yang mengaitkan orang lain di dalam masalah yang dihadapinya.. Rumahtangga adalah merupakan ibadah, umpama masjid, jangan kita menjadi salah seorang yang meruntuhkan masjid itu hanya kerana mulut, ajal, jodoh, dan perjalanan hidup manusia telah ditentukan oleh Allah.. Jadi redhalah bukan sekadar dimulut tetapi di dalam hati jua...Renungan buat MaMaSiTi jua..


Sweet smiling,

Monday, 25 April 2011

Puding Batik , Cupcakes..

Salam blogger semua.. Hari minggu bulan April 2011 nie, penuh dengan jadual masak-memasak.. huhuhuu.. Yang rajinnya MaMaSiTi buat pencuci mulut... Mula-mula MaMaSiTi buat cupcakes.. Nie reqest daripada Siti lah.. dak nie memang peminat nombor satu cupcakes..



Lepas tue, teringin plak nak makan agar2 batik begini... Biasanya, MaMaSiTi beli jer agar2 nie kat pasar Ramadhan sbb selalu jumpe agar2 nie, time pergi pasar Ramadhan.. So, hari Sabtu tue, berjaya juga buat agar2 nie.. Perisa kecil2 tue, blueberry, orange, coklat & pandan paste..


First try.. yummy..



Sweet Smiling,


Tuesday, 5 April 2011

Jangan mudah menilai daripada apa yang anda lihat..

Kadang-kadang bila kita ternampak atau terdengar sesuatu berita, kita mudah membuat penilaian.. MaMaSiTi harap kita semua tidak membuat penilain, keputusan berdasarkan apa yang kita lihat dan dengar dan boleh mendatangkan fitnah.
Sweet Smiling,

Thursday, 24 March 2011

Belon Panas..

Belon panas di Putrajaya, gambar nie ditangkap ketika di dalam kereta.. :).. MaMaSiTi rasa kengkawn blogger semua mesti pernah pergi sebab pesta belon panas nie, tiap2 tahun diadakan kan..

Siti nak dukung sebab nak exited nak tengok.. :)

" Api"... Siti teruja nak tengok belon panas.. Hajat dihati nak merasa naik, tapi memandangkan ramainyelah yang dah ready beratur, maka hajat MaMaSiTi n family nak naik belon panas tue, tak kesampaian tambah2 ngan Daddy kalau bab menunggu nie, memang kurang la sikit... :)... Nasib baiklah masa nak parking kereta tak lama sangat.. So, kira bertuah gak la hari tue, senang dapat parking dan jalan pun tak jem sangat..

Masuk waktu Maghrib, MaMaSiTi singgah solat di masjid besi Putrajaya.. Masjid nie baru siap dibina, memang best, cantik dan bersih. Sementara daddy Siti solat, mama lepak2 jap ngan Siti comey nie.. :).. Nanti da umur 6-7 tahun Siti kena solat, jadi anak yang solehah dan hormat MaMa ngan Daddy serta orang lain ye.. ; )

Sweety Siti..

Salam manis,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...