Monday, 19 November 2012

Berbaik sangka...

As salam dan salam bahagia..

Jom MaMaSiTi nak ajak sesiapa yang singgah disini membaca dan mengambil iktibar tentang kisah berbaik sangka..

Insyallah dan mudah-mudahan kita dapat manfaat daripada blog beliau..

Salam sayang,

:)

As Salam dan salam sejahtera...

Senyum melihat telatah dunia...... Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka... Bersyukur kepada Allah agar Allah memberikan ganjaran yang baik-baik buat kita semua.. Amin..
 
Lebih baik berdiam dari berbalah... Lebih baik bersabar dari gelojoh membuat andaian... Lebih baik menjauhkan diri dari berbuat dosa mengumpat...
 
Semoga Allah memberi perlindungan, sentiasa memurahkan rezeki dan memberkati kehidupan kita... Amin..
 
Insyallah..

As Salam...
 
Salam Sayang,
 

Sunday, 18 November 2012

Airtangan MaMa untuk Siti...

As salam dan salam sejahtera....

Ahaaa.. tengok tajuk macam sentap je... Bukan ape.. teringat airtangan Mak... Ape pun yang mak kita masak, walaupun simple, tak cantik,... anak tetap akan kata sedap dan rindu masakan mak!....Macam MaMaSiti yang duduk jauh dari ibu bapa nie, kekadang bila masak mesti akan teringat air tangan Mak....Anak manja mak bapak nie.... (^_*)....Cerita Maal Hijrah ari tue ada sambungankan... So, sambungan dia tajuk kat atas tuelah.. He2... Hari tue cerita pasal masak bihun kan... So MaMaSiti nak tunjuklah foto masakan MaMaSiti tue... ahaaaa... Macam orang lain tak tau masak bihun kannnn... Ha2.. tak kira nak jugak bagitau... ^_^...

Bihun "homemade" ala MaMaSiTi

ERmmm... itu masakan MaMaSiti.. ada telur... letak daun sup sikit... Simple-simple je...Siti punya pasal maMaSiti buat ape saje sebab nak makan... Daddy Siti dengan anaknya Siti suka makan kat rumah.. kalau makan kat luar sekali-sekala je.... Ibu Bapa MaMaSiti lagi hebat.. kalau berjalan pun bawa bekal sebab ibu bapa MaMaSiti nie pentingkan kebersihan , dan kualiti masakan... Mak MaMasiti selalu pesan, elok memasak kat rumah, isteri dapat pahala.. Siti kalau makan kat luar "Chiken Chop" je favourite dia.. :)... *Walaubagaimanapun selera anak mungkin berubah mengikut peningkatan usia..

Chicken Chop with mushroom sauce..
Haaa.. tue foto waktu Siti makan chicken chop.. Haipppp... nape garfu anak tangan kiri!!!... Babap kang.... :)..
 
Fish & Slice potato

Haaa.. tue plak MaMaSiti punya 'Western Food".. (^_^)... Daddy Siti punya menu, MaMaSiti tak sempat snap sebab takut pun ada.. NaNti kena sound plak dengan Daddy Siti, semua nak bagitau orang.. Menangis wwoooo kalo Daddy Siti marah....Hahhahaa... ngeeee..heeee.. ;)..Takpelah daddy.. saje nak buat kenangan a.k.a nak tunjuk , kongsi dengan satu donya...Ahakss.. Sebenarnya ada, saja tak nak tunjuk...Haahhaa... Oklah.. Sampai di sini dulu.. Kalau ada terlebih masa mengadap lappy  MaMaSiti update lagi.... Ok..

Semoga berbahagia bersama family tersayang semua...Chaw chin chaw...
 
Salam Sayang,
 

Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 2012..


As salam dan salam bahagia...

Salam Maal Hijrah Mama Siti ucapkan buat semua umat Islam seluruh dunia... Semoga kehadiran Maal Hijrah dapat membuka buka baru di dalam kehidupan kita semua..   Hari cuti tak tahu nak ke mana.. Siti nak makan kek cawan (cupcakes) mama dah buat... Siti nak makan bihun plak pagi semalam.. MaMaSiTi tengok stok dan rencah-rencah nak bihun goreng semua da ada, so, tinggal nak buat jelah.. Kalo penyakit (M) ada memang tak berasaplah dapur mokcik.. Huhuhu...

MaMaSiti nie memang suka masak kalau Daddy Siti atau Siti nak makan... Daddy Siti pun rajin memasak.. Kadang-kadang kitaorang masak sama-sama.. kadang2 masak sorang2.... Tetapi tak masak itu jarang-jarang...Alhamdulillah... Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga dan sentiasa memberkati rumahtangga MaMaSiTi bersama suami dan anak.. Insyallah.. Amin.. Ok..To be continued....
(uiikk ;)

As-salam..

Salam Sayang,
 

Monday, 16 July 2012

Mulut, bahasa...

Assalammualaikum dan salam sejahtera.., TAjuk hari ini mulut, bahasa, maaflah, kadangkala manusia naif di dunia ini bijak "berlakon" sedangkan kata pepatah mengatakan, " Paku dulang, paku serpih".. Adakalanya kita tidak suka dengan sesuatu, tidak perlulah berkata dengan perkataan dengan tidak baik seperti "celaka @ sebagainya berbentuk penghinaan" .. Bahasa jiwa bangsa... Perlukah kita bermulut celupar?? Allah pun suruh umatnya berkata bahasa yang baik2.. Jika memberi pandangan pun biarlah berlapik... Kalau rasa tak tahan sangat, kita diam... Jika diam jangan pula berkata seseorang itu sombong, fikir sejenak tidak mengapalah.. pujuk hati supaya jangan selalu berkata negatif atau berfikiran sempit.. Wallahualam.. SElamat menjalani ibadah puasa & semoga puasa kita diterima Allah dengan tidak menyakiti hati seseorang secara lisan atau tulisan.. 2012... Berhijrahlah kotak akal fikiran agar menjadi lebih MATANG.. :)..

Wednesday, 2 May 2012

LIL Siti projek...

Assalammualaikum & salam sejahtera..

Hai rakan blogger semua... Minggu nie, Siti bawa balik satu projeknya di sekolah..Mungkin berkenaan topik sains.. Air dan matahari.. :)... Masa MaMaSiTi ambil siti dari sekolah, Siti bawa benda di tangan.. Masuk je dalam kereta, bibir comel itu dengan bangganya cakap kat MaMaSiTi " Mama, Siti hebat!... You can see this".. MaMaSiTi pun senyum2 tengok benda kat tangan SiTi tue.. hehe... SiTi kata lagi " Nie sayur Siti, mama.."..hehe.. Sayur??hehe.. memang kalau dah banyak jadi sayur.. Siti jalankan projek tanam taugeh dalam bekas yang diberi..

Walaupun ringkas tetapi MaMaSiti rasa ia ada pengisian..Belum sampai sekolah rendah lagi, Siti dah belajar.. MaMaSiTi rasa masa MaMaSiti dulu, buat benda nie masa darjah 4 kot... hhahah.. Ketinggalankann.. huhu.. Ok.. MaMaSiTi perlahan-lahan terangkan pada Siti macamna dari biji kacang hijau boleh ada daun dan boleh naik tinggi macam tue.. hehe..
Kacang Hijau diletakkan bersama kapas basah..

Sweet je bila tengok anak-anak nak tahu semua tentang apa yang dialami dan lihat.. Sayang Siti, anak MaMa semoga menjadi anak yang baik, solehah dan menghormati orang tua serta disekeliling serta mendapat rahmat Allah di dalam menempuhi kehidupan akan datang.. Amin...
Salam sayang,

Wednesday, 28 March 2012

BIsmillahirrahmanirrahim..

Hai selamat pagi dunia.. Pagi yang indah.. Bersyukur kita masih dapat melihat dunia.. Harap2 hati kita , jiwa kita tidak terluka dipagi hari, tidak ada perasaan negative untuk memulakan hari yang penuh dengan keberkatan dari Allah S.W.T.


Lovely Princess ...

Semoga hari ini dan esok Allah murahkan rezeki kita dengan kesabaran mengharungi kehidupan yang penuh cabaran..

Salam Bahagia,
Senyum Manis,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...