Tuesday, 31 December 2013

October 2012...

As Salam, Warga blogger sekalian.. Hampir dua bulan MaMaSiTi tidak mencatat apa-apa di dalam blog ini.. Sebelum itu, MaMaSiTi mohon maaf jika sesiapa yang menjengah blog ini berasa tidak selesa.. Kerana penulisan atau penceritaan blog MaMaSiti ini hanyalah untuk kenangan, rujukan MaMaSiTi akan datang.. Jadi secara amnya, MaMaSiTi bukanlah seorang terkenal, artis , diva atau sesiapa.. Seorang insan biasa, hamba Allah.. okeh..

Sekarang

Selamat Malam Semua..

" Ya Allah berilah ketenangan jiwa buat MaMaSiTi sekeluarga, dilindungi daripada bahaya, dilindungi daripada hasad dengki manusia, diberi keberkatan di dalam kehidupan buat MaMaSiti, DaddySiti, Siti dan keluarga semua..Ya Allah kau berikanlah kami kesihatan yang baik.. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala yang tiada kami nampak secara nyata, dan tersirat di dalam hati manusia.. Biar apa pun pandangan terhadap kami Ya Allah, kau limpahkanlah segala keberkatan, kemurahan rezeki kepada kami.. Semoga segala yang telah kami lalui hari ini, segala ujianmu, menjadikan kami lebih mendapat ketenangan jiwa dan mendapat keredhaan kehidupan serta kebahagiaan dariMu Ya Allah...Sempurnakanlah kehidupan permata hati kami Siti dan kehidupan kami, di dunia dan di akhirat...Amin Ya Rabal Alamin"...


Salam manis,

Tuesday, 12 November 2013

Homemade Spicy Fried Prawn..

Salam rakan-rakan blogger... Apa khabar semua?..Lama tak karang cerita apa-apa aja kat blog nie..  Petang yang bahagia nie, MaMaSiti nak share/kongsi cerita bab makan.. Bab makan je MaMaSiti ye.. Bab kesihatan pun sebenarnya tidak lupa... Adaaaa.. ;)..

Jom kita tengok cara nak masak udang goreng tepung aka Spicy Fried Prawn ...

Senang je buat udang goreng tepung nie, mula-mula beli tepung, bancuh, goreng..Semudah A,B, C...  Sebelum tue cuci udang betul-betul.. Udang yang besar sebenarnya pun ada kekotorannya.. Cuba kita potong kat belakang udang tue..


Setelah disatukan..
Kemudian masukkan udang yang telah disalut tepung ke dalam minyak yang betul-betul panas ye adik-adik, puan-puan, dan tuan-tuan... :)


Bila dah agak kekuningan, angkat dan toskan ... Kemudian siap dihidang dan di makan panas-panas bersama nasi atau nak ratah je pun boleh.. Cicah dengan sos... Ermmmm ... dap... dap... ^_*..



 
Sebenarnya udang goreng tepung nie, MaMaSiTi lebih suka masak sendiri sebab tepung tak de salut banyak dan udang ciput.. hehhehe.. Sebab lagi.. minyak gorengan tue, kalau kat rumah 2-3 kali dah tukar.. tapi kalau makan kat restoran/kedai, Wallahualam... Memang sedap dan cepat kalau makan kat luar..Bukan tak makan kat luar langsung MaMaSiTi & family nie kalau suami isteri letih @ MaLaS  nak ke dapur ..Hehehe...Tips dari MamaSiti, kalau masak udang, jangan masak lama-lama ye kawan-kawan... nanti isi udang kita jadi keras bila dah sejuk dan kurang kerangupan.. haaa.. So, camne tue... Agak-agak kalau dah naik bau tue, alih-alihkan sedikit... Dalam 10-12 minit udang kita dah masak.. Insyallah..
 
 

Thursday, 17 October 2013

October 2013




RENUNGAN

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu menganggumu dangan kenangan masa lalu akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang dan akan menyia-nyiakan kesempatanmu pada hari ini.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam ,dan harapan akan hilng.

Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih , membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha’, dan menyesali sesuatu yang pasti jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi , tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak taqdir , dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan , kefakiran yang menimpa , putus asa yang berlanjutan , depresi yang harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.
 
 

Saturday, 5 January 2013

January 2013...

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Selamat tahun baru... 2013... Hari ini minggu pertama tahun baru 2013.. Semoga semua adalah yang terbaik untuk masa depan kita semua bersama keluarga tersayang.. Setiap tahun pasti ada azam.. Apa azam blogger semua.. he2... Biarlah rahsia.. :).. Catat dalam diri, hati, diari masing-masing.. Terlalu banyak yang ingin MaMaSiTi kongsi.. In sha Allah jika ada kelapangan, MaMaSiti kembali berblogging..
 
SALAM SAYANG DARI MAMASITI SEKELUARGA..
SMILE ALWAYS... 2013..
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...